Rabu, 12 Mei 2010
Manfaat Kunyit Bagi Kesehatan
Kunyit yang mengandungi 3% lemak, 30% karbohidrat, 8% protein, vitamin C dan garam-garam mineral seperti besi dan kalsium. Zat inilah yang menjadikan kunyit begitu bermanfaat bagi tubuh badan manusia.
Kunyit atau Curcuma domestica selalu digunakan di dapur sebagai penyedap makanan atau pewarna. Selain digunakan di dapur, kunyit juga telah dipakai secara
turun-temurun sebagai ubat tradisional. Kunyit selalu dijadikan dalam bentuk tepung, pasta, minyak, ubat hirup(inhaler) atau hanya direbus begitu sahaja. Memang peyembuhan relatif lambat, tetapi kemampuan kunyit sebagai antibakteria, stimulan (merangsang aktiviti saraf untuk sementara waktu), tonik (memulihkan semangat tubuh atau organ tertentu dan astringent (bahan penyebab kontraksi jaringan) menampakkan keperkesanannya.
Sebagai ubat luar, kunyit dicampurkan dengan minyak kelapa dipakai sebagai ubat luka. Pada penyakit cacar dan cacar air, satu lapisan serbuk kunyit akan memudahkan proses pengeringan luka. Kunyit juga sering dipakai sebagai ubat otorrhoea (penyakit telinga bernanah). Kunyit juga digunakan untuk merawat inhaler, penyembuh radang selaput hidung yang menyebabkan penyumbatan hidung atau beberapa gejala flu yang lain.
Air rebusan kunyit diketahui sebagai ubat cirit-birit dan penambah selera makan. Untuk penyakit bronchitis dan batuk, air rebusan kunyit, jahe dan gula merah dapat mengubatinya sekira diminum secara teratur. Pusat Penelitian Makanan di Amerika Syarikat menemui bahawa campuran kunyit dan kayumanis ternyata berpeluang mengubati penyakit diabetes. Ramuan tersebut dapat melipatgandakan kebolehan kerja insulin untuk menguraikan glukosa. Daripada beberapa ujian farmakologi , zat kurkumin sebagai pemberi warna kuning pada tanaman ini yang berperanan sebagai antibakteria dan antiinflamasi dalam proses penyembuhan luka.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar